Di kesempatan ini saya, Norazlina binti hussin dari fakulti Al-Quran dan As-sunnah ingin berkongsi cerita dan maklumat sedikit sebanyak tentang sejarah nabi-nabi terdahulu atau lebih dikenali sebagai sirah nabi. Kisah Nabi Adam adalah salah seorang dari nabi yang ingin saya ceritakan di dalam ruangan yang khusus ini.
Tajuknya ialah: Nabi Adam menghuni syurga.
Adam diberi tempat oleh Allah di syurga dan Allah menciptakan seorang perempuan yang sangat cantik jelita yang diberi nama Hawa untuk mendampinginya dan menjadi teman hidupnya, disamping dapat menghiburkan hatinya bila kesunyian dan sekaligus melengkapi fitrah naluri seorang lelaki yang sememangnya memerlukan seorang perempuan untuk berkasih sayang.
Menurut cerita para ulama' Hawa diciptakan olaeh Allah dari tulang rusuk kiri Adam ketika Adam sedang tidur. Apabila Adam tersedar dari tidurnya pada keesokkan harinya, dia terkejut apabila melihat Hawa telah berada di sisinya. Lalu Adam ditanya oleh malaikat : "Wahai Adam! Apa dan siapakah makhluk yang berada disampingmu itu?" lalu jawab Adam"seorang perempuan", sesuai dengan fitrah yang diilhamkan oleh Allah kepadanya. "siapa namanya?", Tanya malaikat lagi. "Hawa", jawab Adam. "Untuk apa Tuhan menciptakan makhluk ini? Tanya malaikat lagi. Lalu jawab Adam: "Untuk mendampingiku,memberi kebahagian kepadaku dan mengisi kekosongan hidupku sesuai dengan kehendak Allah."
Allah berpesan kepada Adam : Tinggallah engkau bersama isterimu di syurga, rasakanlah kenikmatan yang berlimpah-limpah di dalamnya, makanlah buah-bauhan yang lazat yang terdapat di dalamnya sepuas hatimu dan sekehendak nafsunya. Kamu tidak akan mengalami atau merasakan lapar, dahaga atau lelah selama kamu berada di dalamnya. Akan tetapi Aku ingatkan janganlah kamu makan dari pohon ini yang akan menyebabkan kamu celaka dan termsuk orang-orang yang zalim. Ketahuilah bahawa iblis itu adalah musuhmu dan musuh isterimu, ia akan sedaya upaya memujuk kamu dan menyeret kamu keluar dari syurga sehingga tercabutlah kebahagiaan yang sedang kamu nikmati ini."
To be continue at the next time….Wassalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.jpg)
No comments:
Post a Comment